Mukah, bandar yang tenang, jauh dari kesesakan. Sudah hampir 6 bulan menjalani kehidupan disini, sebagai pendidik. Pelajar datang dari pelbagai ceruk rantau. Dengan sikap dan identiti yang berbeza. Diberikan pula 31 orang anak-anak (Penasihat Akademik) yang banyak ragam. Banyak pula tugas sampingan yang lain terpaksa diselesaikan. Tetapi dah tugas diamanahkan,jalankan dengan gembira. Nak tempat untuk release tension banyak di Mukah. Salah satu contoh, selera hujung kampung. Ni kawasan tepi pantai dekat dengan pekan Oya ataupun lebih dikenali dengan nama OHIO.


Sinilah tempat lepak sambil makan cucor..panas..panas..Penduduk tempatan ramai kat sini biasanya hujung minggu. Kalau aktiviti pula, di Mukah biasanya memancing adalah amalan atau hobi yang paling gemar dilakukan terutamanya pensyarah poli ni. Semoga bandar Mukah satu hari nanti menjadi tumpuan pencari-pencari ilmu dari serata dunia. Itu sahaja yang dapat ku ceritakan mngenai Mukah. Jumpa di blog lain. Untuk pelajar ku yang dikasihi, jangan lupa ambil notes dan segala latihan sebagai panduan dalam kelas. GOOD LUCK!
0 comments:
Post a Comment